song

Tuesday, 28 July 2015

T-SHIRT MUSLIMAH EXCLUSIVE READY STOCK

T-SHIRT MUSLIMAH EXCLUSIVE

READY STOCK 


ADVANTAGES:

DESIGN EXCLUSIVE
HIGH QUALITY COTTON 
SPECIAL POCKET
SPECIAL SILKSCREEN PRINTING 
REASONABLE PRICE 

FOLLOW KAMI DI INSTAGRAM
@ Ana_Muslimah_Shoppe

LIKE FAN PAGE klik sekarang








follow kami di INSTAGRAM

T-shirt Muslimah Al-qassam READY STOCK

Latest update 28/7/15

T-shirt muslimah al-qassam hanya di @Ana_Muslimah_Shoppe

FREE POSTAGE
FREE HEADBAND
FREE BUTTON

Harga Rm60

Ready stock: size L,XL, 2XL, 3XL, 4XL


Follow kami di instagram
@Ana_Muslimah_Shoppe
@Ana_Muslimah_Shoppe
@Ana_Muslimah_Shoppe
@Ana_Muslimah_Shoppe
@Ana_Muslimah_Shoppe
@Ana_Muslimah_Shoppe


 like fan page klik here!!








































Monday, 27 July 2015

Memilih Warna Baju Sesuai Warna Kulit

Kita harus pandai memilih pakaian yang sesuai. Misalnya memilih  baju kebaya. Memilih pakaian sesuai gaya dan kepribadian, sangat menonjol penampilan. Memilih pakaian juga berkaitan dengan warna dan motif pakaian. Malah untuk sebahagian orang, pemilihan warna adalah masalah sensitif. Ada kesan warna-warna tertentu dihindari. Seperti baju kebaya mana yang sesuai warnanya atau dianggap bukan pilihan yang tepat untuk seseorang. Merah atau orange pun masih dihindari sebagian wanita. “Biasanya remaja dan orang dewasa yang selalu mengikuti trend fesyen pakaian”.
Panduan memilih warna pakaian berdasarkan warna kulit :
Warna kulit tona gelap
 Cara untuk memadankan warna kulit dengan warna pakaian yang sesuai adalah seperti memadankan dua faktor yang bertentangan. Wanita-wanita yang berkulit gelap akan kelihatan menawan apabila memakai pakaian yang terdiri daripada warna terakhir daripada apa-apa spektrum warna, daripada warna pastel sehinggalah warna yang terang dan juga warna yang lebih pekat. Warna-warna yang lebih hangat akan mengeluarkan aura yang mesra daripada tona kulit anda. 
Warna kulit gelap 2
Bayangkan warna ungu yang terang, warna ungu diraja, sehinggalah warna ungu seperti buah plum dan terung; spektrum warna pink daripada warna pink pastel dan ballerina sehinggalah warna pink terang; warna kuning yang lembut, kuning diraja sehinggalah warna kuning pekat dan terang, dan juga warna kegemaran saya iaitu warna emas, gangsa dan tembaga.
Wanita-wanita yang mempunyai warna kulit yang gelap juga boleh menggayakan warna putih, warna-warna dalam kategori oren dan merah dengan menawan sekali. Tona-tona warna ini akan membuatkan kulit mereka lebih menyerlah, menghangatkan kompleksi wajah mereka dan sememangnya membuatkan kulit mereka kelihatan hebat dan cantik.
Warna kulit gelap 3
Wanita-wanita yang berkulit gelap juga harus mengelakkan daripada memakai pakaian berwarna coklat dan hitam, dan juga tona yang berada pada awal spektrum warna seperti biru, kelabu dan perak. Jika warna pakaian yang dipilih itu seakan-akan serupa dengan warna kulit mereka, warna pakaian yang dipakai akan menjadi seakan-akan tenggelam.
Warna-warna yang lebih sejuk adalah tidak sesuai dengan warna kulit yang gelap kerana ia boleh menjadikan warna kulit yang gelap menjadi kusam dan juga boleh membuatkan kulit anda kelihatan kekuning-kuningan… yang akan menyebabkan anda kelihatan seperti sedang sakit.

Warna kulit tona sederhana gelap
Pemadanan warna pakaian yang sesuai untuk menyerlahkan warna kulit anda adalah seperti memadankan perkara-perkara yang bertentangan. Anda tidak seharusnya memakai pakaian yang mempunyai sama tona warna dengan kulit anda, kerana ia akan membuatkan kulit anda kurang berseri.
Wanita-wanita yang mempunyai tona kulit yang sederhana sepatutnya mengelakkan daripada memakai pakaian berwarna coklat, kuning air, karamel, oren dan warna-warna pastel yang sangat pucat.
Warna-warna pastel dan tona cerah adalah warna yang terlalu sejuk dan boleh membuat tona kulit anda kelihatan kusam. Warna kelabu adalah tidak sesuai dengan kompleksi kulit anda.
Sebagai ganti, anda perlu memilih warna-warna yang akan mengeluarkan aura mesra dan hangat daripada tona kulit anda.
Tona kulit sederhana 3
Pilihlah warna-warna yang lebih cerah, yang lebih mendalam dan tona-tona permata yang semestinya akan menyerlah di atas warna kulit anda. Tona-tona permata adalah warna yang dalam dan mewah, samalah seperti warna batu-batu permata seperti zamrud, delima, nilam dan amethyst. Kategori warna biru, daripada biru laut kepada biru diraja adalah sangat sesuai untuk tona kulit yang sederhana. Warna pink gelap, pink cerah dan pink raspberi juga adalah pilihan yang bagus. Kategori warna merah dan hijau, serta warna ungu gelap juga sangat sesuai untuk menyerlahkan warna kulit anda.
Warna kulit  putih/cerah 
Jika anda mempunyai warna kulit yang cerah, kulit anda mungkin akan mempunyai kompleksi yang hangat, tona berwarna pic (kebiasaannya bintik-bintik hitam, dan mempunyai rambut berwarna coklat, merah, coklat perang atau perang strawberi) ataupun warna kulit yang agak cerah (fikirkan Snow White atau Reese Witherspoon -yang tidak mempunyai warna lain pada pipi, dan mempunyai rambut berwarna perang abu, coklat pekat atau hitam). Anda perlu mempertimbangkan warna-warna halus pada kulit anda sebelum anda memadankan apa-apa warna pakaian.
Jadi, jika anda mempunyai kulit cerah dengan warna-warna halus yang hangat, tona warna tanah akan nampak hebat pada kulit anda. Fikirkan apa-apa warna coklat (warna pink coklat juga boleh) dan apa-apa warna hijau – daripada zaitun sehingga warna rumput, zamrud dan limau. Warna gading, laut, dan kelabu juga akan nampak sangat cantik pada kulit anda – ia akan melengkapkan warna seakan-akan pic pada kulit anda.
Tona kulit cerah 2
Warna cerah daripada kategori merah dan oren (warna pic, aprikot, pink ros atau merah ros) akan juga menyerlahkan warna kulit anda. Semua ini adalah teknik untuk menyerlahkan warna-warna merah halus pada kulit anda.
Anda seharusnya mengelak daripada memakai pakaian berwarna terang dan neon – warna-warna ini akan kelihatan begitu kontra dengan tona kulit anda. Warna hitam adalah terlalu gelap dan kasar, putih adalah terlalu pucat dan membuatkan anda kelihatan seperti tidak sihat.
Jika anda mempunyai kulit cerah dengan warna-warna halus yang sejuk dan nyaman, anda akan nampak hebat apabila menggayakan warna beri. Fikirkan warna strawberi atau merah pekat, pink raspberi, boysenberi dan ungu pekat. Ia mewujudkan kontra warna yang cantik pada kulit anda dan juga menyerlahkan warna pada pipi anda.
Tona-tona permata juga boleh menyerlahkan warna kulit anda. Pilihlah warna zamrud, biru kehijauan dan amethyst.
Untuk warna-warna metalik pula, anda harus mengelak daripada menggayakan warna perak dan sentiasalah memilih warna emas.
Anda juga harus mengelak daripada memilih warna yang terlalu terang dan cerah. Warna putih akan membuat anda kelihatan pucat, warna hitam akan membawa aura goth pada penampilan anda. Warna neon, kuning dan ungu muda juga tidak akan membuat kulit anda kelihatan berseri dan menawan.

6 Tips Untuk Pilih Pakaian Mengikut Bentuk Tubuh Anda







  • Bentuk Segitiga Terbalik 3



  • Bentuk-bentuk tubuh manusia dan tips-tips pemakaian

    1. Bentuk Segi Tiga atau ‘Pear’

    Bentuk tubuh ini adalah bentuk yang biasa dimiliki
    oleh seorang wanita. Bahagian pinggul adalah lebih
    besar daripada bahagian dada. Sekiranya anda
     tergolong dalam bentuk tubuh ini, berikut
    adalah tips pemakaian yang sesuai untuk anda:
    • Pilih pakaian yang mempunyai pelapik bahu yang kecil/tanpa pelapik agar bahagian bahu kelihatan lebih luas. Ini adalah penting untuk mengimbangi bahagian pinggul yang besar.
    • Elakkan memakai skirt labuh dan blaus yang terlalu labuh agar anda tidak kelihatan lebar. Pemakaian jaket bersama skirt atau seluar yang ketat di bahagian pinggul hendaklah dielakkan.
    • Untuk warna pula, pakaian bahagian atas hendaklah berwarna cerah dan pada bahagian bawah pula berwarna gelap. Tips ini adalah menumpukan kepada bahagian atas badan, bukan bahagian pinggang dan ke bawah.
    Bentuk Pear 2


    2. Bentuk Segi Tiga Terbalik


    Bentuk tubuh yang turut menjadi idaman para wanita. Wanita dengan bentuk tubuh seperti ini mempunyai bahagian atas badan yang lebih besar daripada bahagian bawah. Berbeza seperti mereka yang mempunyai badan berbentuk segi tiga biasa, pemakaian di bahagian atas perlu diminimumkan. Berikut adalah tips pemakaian yang tepat untuk wanita dengan bentuk tubuh ini:
    • Pilih skirt bergaris A bertekstur garang dan juga corak bergaris mendatar untuk menyeimbangkan bentuk tubuh. Anda juga disarankan menggunakan skirt labuh/palazo
    • Untuk pakaian bahagian atas, pakai blaus yang berkolar luas. Pilih corak pakaian dengan garis menegak dan fabrik yang bertekstur halus.
    • Dari segi warna pakaian pula, pilihlah warna-warna yang gelap atau neutral untuk bahagian atas badan. Elakkan juga daripada memakai pakaian yang mempunyai corak menyerlah
    • Bentuk Segitiga Terbalik 3
    3. Bentuk ‘Hour Glass’ atau Jam Pasir

    Satu bentuk tubuh idaman setiap wanita dan boleh dikategorikan sebagai bentuk badan yang sempurna. Wanita dengan bentuk tubuh ini mempunyai ukuran dada dan pinggul yang hampir sama ataupun dalam kata lain adalah seimbang. Perbezaan di antara ukuran pinggang dengan dada dan pinggulnya adalah lebih kurang 25 sentimeter (10 inci) kecilnya. Untunglah sekiranya anda mempunyai bentuk tubuh seperti ini kerana anda boleh memilih apa-apa sahaja pakaian serta fesyen kegemaran dan masih tampak menawan dan jelita. Untuk menyerlahkan lagi bentuk tubuh yang sempurna itu, pakailah pakaian dari jenis fabrik yang lembut dan beralun. Dari segi pemilihan warna pula, kebanyakan warna adalah sesuai.

    4. Bentuk ‘Diamond’ atau Berlian

    Wanita yang mempunyai bentuk tubuh seperti ini dicirikan dengan bahagian pinggul atau perut yang agak besar berbanding dengan bahagian dada. Sekiranya anda tergolong dalam kategori bentuk tubuh ini, berikut adalah tips yang sesuai untuk anda amalkan:

      • Agar tubuh kelihatan lebih kurus, elakkan daripada memakai pakaian berwarna terang dan mempunyai corak yang menyerlah. Pilih warna pakaian yang gelap dan corak yang sederhana.
      • Pemakaian akssesori juga dapat membantu anda kelihatan lebih kurus.
      • Sekiranya anda ingin memakai gaun, pilih gaun tanpa pinggang . Pemakaian vest yang terbuka juga turut membantu anda tampak lebih kurus.
       

    5. Bentuk Bujur Telur

     Bagi wanita yang mempunyai bentuk badan seperti bujur telur, berikut adalah tips pemakaian yang sesuai untuk anda. Amalkan agar anda tampil menarik dan cantik dengan pakaian yang tepat.
      • Pilih pakaian yang mempunyai garis leher berbentuk V, mempunyai corak garis menegak dan motif geometri yang sederhana.
      • Pilih warna yang neutral daripada gelap sehingga sederhana.
      • Anda juga disarankan memakai kasut bertumit sederhana tinggi.
      • Tambahan penggunaan akssesori warna warni akan membantu untuk mengalih perhatian dari bentuk tubuh anda.

      6. Bentuk Segi Empat
      Bentuk tubuh seperti ini bercirikan seseorang yang mempunyai garis pinggang yang kecil ataupun langsung tidak mempunyai pinggang. Untuk tampil menarik dan anggun dengan pakaian yang sesuai dengan bentuk tubuh seperti ini, berikut adalah tips untuk anda:
      • Pilih pakaian bahagian atas yang berlapik bahu dan daripada fabrik lembut.
      • Pemakaian vest ataupun jaket juga disarankan.
      • Seluar dan baju janganlah terlalu ketat dan pilihlah baju dengan rekaan lebih pada bahagian bahu untuk kelihatan lebih cantik.
      • Pilih baju yang berkolar dan tambahkan penggunaan akssesori di leher seperti rantai 
      • Dari segi pilihan warna, rona senada adalah paling sesuai untuk mereka dengan bentuk tubuh seperti ini.

    Sunday, 26 July 2015

    READY STOK Dress

    READY STOCK

    Peminat tegar dress muslimah?? mencari material yg berkualiti tp harga berpatutan... jom usha dress di sini #AnaMuslimahShoppe,

    follow kami di
     instagram: @Ana_Muslimah_Shoppe
    fan page: https://www.facebook.com/AnaMuslimahShoppe

    sebarang pertanyaan, sila whatsapp 0135019389