Kita harus pandai memilih pakaian yang sesuai. Misalnya memilih baju kebaya. Memilih pakaian sesuai gaya dan kepribadian, sangat menonjol penampilan. Memilih pakaian juga berkaitan dengan warna dan motif pakaian. Malah untuk sebahagian orang, pemilihan warna adalah masalah sensitif. Ada kesan warna-warna tertentu dihindari. Seperti baju kebaya mana yang sesuai warnanya atau dianggap bukan pilihan yang tepat untuk seseorang. Merah atau orange pun masih dihindari sebagian wanita. “Biasanya remaja dan orang dewasa yang selalu mengikuti trend fesyen pakaian”.
Panduan memilih warna pakaian berdasarkan warna kulit :
Warna kulit tona gelap
Cara untuk memadankan warna kulit dengan warna pakaian yang sesuai adalah seperti memadankan dua faktor yang bertentangan. Wanita-wanita yang berkulit gelap akan kelihatan menawan apabila memakai pakaian yang terdiri daripada warna terakhir daripada apa-apa spektrum warna, daripada warna pastel sehinggalah warna yang terang dan juga warna yang lebih pekat. Warna-warna yang lebih hangat akan mengeluarkan aura yang mesra daripada tona kulit anda.

Bayangkan warna ungu yang terang, warna ungu diraja, sehinggalah warna ungu seperti buah plum dan terung; spektrum warna pink daripada warna pink pastel dan ballerina sehinggalah warna pink terang; warna kuning yang lembut, kuning diraja sehinggalah warna kuning pekat dan terang, dan juga warna kegemaran saya iaitu warna emas, gangsa dan tembaga.
Wanita-wanita yang mempunyai warna kulit yang gelap juga boleh menggayakan warna putih, warna-warna dalam kategori oren dan merah dengan menawan sekali. Tona-tona warna ini akan membuatkan kulit mereka lebih menyerlah, menghangatkan kompleksi wajah mereka dan sememangnya membuatkan kulit mereka kelihatan hebat dan cantik.

Wanita-wanita yang berkulit gelap juga harus mengelakkan daripada memakai pakaian berwarna coklat dan hitam, dan juga tona yang berada pada awal spektrum warna seperti biru, kelabu dan perak. Jika warna pakaian yang dipilih itu seakan-akan serupa dengan warna kulit mereka, warna pakaian yang dipakai akan menjadi seakan-akan tenggelam.
Warna-warna yang lebih sejuk adalah tidak sesuai dengan warna kulit yang gelap kerana ia boleh menjadikan warna kulit yang gelap menjadi kusam dan juga boleh membuatkan kulit anda kelihatan kekuning-kuningan… yang akan menyebabkan anda kelihatan seperti sedang sakit.
Warna kulit tona sederhana gelap
Pemadanan warna pakaian yang sesuai untuk menyerlahkan warna kulit anda adalah seperti memadankan perkara-perkara yang bertentangan. Anda tidak seharusnya memakai pakaian yang mempunyai sama tona warna dengan kulit anda, kerana ia akan membuatkan kulit anda kurang berseri.
Wanita-wanita yang mempunyai tona kulit yang sederhana sepatutnya mengelakkan daripada memakai pakaian berwarna coklat, kuning air, karamel, oren dan warna-warna pastel yang sangat pucat.
Warna-warna pastel dan tona cerah adalah warna yang terlalu sejuk dan boleh membuat tona kulit anda kelihatan kusam. Warna kelabu adalah tidak sesuai dengan kompleksi kulit anda.
Sebagai ganti, anda perlu memilih warna-warna yang akan mengeluarkan aura mesra dan hangat daripada tona kulit anda.

Pilihlah warna-warna yang lebih cerah, yang lebih mendalam dan tona-tona permata yang semestinya akan menyerlah di atas warna kulit anda. Tona-tona permata adalah warna yang dalam dan mewah, samalah seperti warna batu-batu permata seperti zamrud, delima, nilam dan amethyst. Kategori warna biru, daripada biru laut kepada biru diraja adalah sangat sesuai untuk tona kulit yang sederhana. Warna pink gelap, pink cerah dan pink raspberi juga adalah pilihan yang bagus. Kategori warna merah dan hijau, serta warna ungu gelap juga sangat sesuai untuk menyerlahkan warna kulit anda.
Warna kulit putih/cerah
Jika anda mempunyai warna kulit yang cerah, kulit anda mungkin akan mempunyai kompleksi yang hangat, tona berwarna pic (kebiasaannya bintik-bintik hitam, dan mempunyai rambut berwarna coklat, merah, coklat perang atau perang strawberi) ataupun warna kulit yang agak cerah (fikirkan Snow White atau Reese Witherspoon -yang tidak mempunyai warna lain pada pipi, dan mempunyai rambut berwarna perang abu, coklat pekat atau hitam). Anda perlu mempertimbangkan warna-warna halus pada kulit anda sebelum anda memadankan apa-apa warna pakaian.
Jadi, jika anda mempunyai kulit cerah dengan warna-warna halus yang hangat, tona warna tanah akan nampak hebat pada kulit anda. Fikirkan apa-apa warna coklat (warna pink coklat juga boleh) dan apa-apa warna hijau – daripada zaitun sehingga warna rumput, zamrud dan limau. Warna gading, laut, dan kelabu juga akan nampak sangat cantik pada kulit anda – ia akan melengkapkan warna seakan-akan pic pada kulit anda.

Warna cerah daripada kategori merah dan oren (warna pic, aprikot, pink ros atau merah ros) akan juga menyerlahkan warna kulit anda. Semua ini adalah teknik untuk menyerlahkan warna-warna merah halus pada kulit anda.
Anda seharusnya mengelak daripada memakai pakaian berwarna terang dan neon – warna-warna ini akan kelihatan begitu kontra dengan tona kulit anda. Warna hitam adalah terlalu gelap dan kasar, putih adalah terlalu pucat dan membuatkan anda kelihatan seperti tidak sihat.
Jika anda mempunyai kulit cerah dengan warna-warna halus yang sejuk dan nyaman, anda akan nampak hebat apabila menggayakan warna beri. Fikirkan warna strawberi atau merah pekat, pink raspberi, boysenberi dan ungu pekat. Ia mewujudkan kontra warna yang cantik pada kulit anda dan juga menyerlahkan warna pada pipi anda.
Tona-tona permata juga boleh menyerlahkan warna kulit anda. Pilihlah warna zamrud, biru kehijauan dan amethyst.
Untuk warna-warna metalik pula, anda harus mengelak daripada menggayakan warna perak dan sentiasalah memilih warna emas.
Anda juga harus mengelak daripada memilih warna yang terlalu terang dan cerah. Warna putih akan membuat anda kelihatan pucat, warna hitam akan membawa aura goth pada penampilan anda. Warna neon, kuning dan ungu muda juga tidak akan membuat kulit anda kelihatan berseri dan menawan.
No comments:
Post a Comment